Search This Blog

Loading...

Jamuan Akhir Tahun 3 al-Razi 2009




"Dengki la pulok aku. Ramai ngat kelas wak jamuan"

Salam, Blogger!

Kelmarin Pelajar Pasca PMR dari kelas 3 al-Razi telah mengadakan Jamuan Akhir Tahun 2009 di Lagoon Kuala Ibai. Kenal tak mana Lagun Kuala Ibai? Lagoon Kuala Ibai terletak di satu tempat menjadi mercu tanda Terengganu, Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Nur Zaharah. Di sini memang sesuai untuk lepaskan tekanan. Angin bayu timur laut melintasi lagoon yang indah itu.


Back to topic. Segala perancangan telah diatur. Segala persiapan telah diaktifkan. Segala aktiviti selamat dijalankan. Cuma menunggu detik 14 November 2009 jam 9 pagi.

Setibanya penulis di Lagoon, penulis masih tidak mengetahui dimana letaknya jamuan itu. Lagoon amat luas, sukar untuk mencari mereka. Penulis menelefon rakan penulis dan dia pun menghantar nombor seorang pelajar yang membawa makanan. Penulis menelefonnya, dia pun berkata bahawa pelajar yang lain tunggu di taman permainan. Roundlah Masjid Terapung, nampakalah batang hidung si ayu kelas penulis. Seorang demi seorang datang. Jawatankuasa ini mensasarkan yang akan hadir 20 orang. Tetapi hanya 17 orang sahaja yang terdiri daripada 13 pelajar 3 al-Razi dan 4 pelajar jemputan.

Majlis Jamuan bermula jam 10 pagi. Kami makan mee yang disediakan bersama telur. Setelah makan, kami bersiap untuk ke lagoon, bermain air. Kami terus turun ke bawah. Sementara itu, kami terlihat pelajar pasca PMR daripada SHAMS membuat BBQ. Kami terus ke benting pasir. Pecat seliper, jalan dalam air dan pergi ke sebuah pulau yang tidak menjadi. Kami menagkap gambar bersama-sama. Setelah selesai, kami kembali ke wakaf dan bersiap untuk ke TER. Kami ke sana untuk bermain bowling.


Setibanya kami di sana, tidak seberapa ramai yang bermain. Rakan penulis membayar RM 88.00 untuk 8 pemain. Ini bermakna RM 11/seorang. Ini bukan rakan penulis yang belanja. Kami pun bermain. Setiap kumpulan mempunyai 4 ahli. Team 1, S, GJ, R, dan M; team 2, M, A, A, dan F. Sebanayk 2 kali permainan, team 1 asyik menang. Penulis memang tidak pandai bermain. Asyik masuk longkang sahaja.

Setelah selesai bermain, kami pulang ke wakaf kami dan terus solat Zohor berjemaah di MasjidTerapung.


Master of UNO's Tower

Salam Blogger!


Hari ini memang best! Hari ini penulis dan rakan membina menara UNO. UNO adalah sejenis permainan yang amat popular di sekolah penulis yang menggunakan kad.

Idea tercetus main permainan ini oleh penulis. Penulis teringat akan peristiwa semasa membeli kad UNO semasa Hari Raya bersama sepupu. Dalam keadaan kepuasan bermain kad UNO mengikut peraturan, terfikir la nak bina piramid.

Jadi, penulis membina piramid UNO di dalam bilik kaunseling. Beberapa kali cuba, musnah akibat khianat rakan yang bersama. Akhirnya, berjaya membina ISTANA PIRAMID UNO!

Photo 1: Cubaan Istana Piramid UNO DabirRemaja Pertama

Photo 2: Istana Piramid UNO DabirRemaja Kedua

Photo 3: Pesaing yang membina Menara UNO Farisk

Program Pasca PMR: Mari Belajar Sembelih Ayam

"Lambat ngoh ah!"

Salam, blogger!

Itulah keluhan yang dikeluarkan oleh penulis.

Hari ini, memang pelik. Ramai juga pelajar pasca PMR hadir. Mari sekolah sebab nak makan sahaja. Sebab hari ini, BADAI (Badan Dakwah Islam) SMKDRI dan Penyelia aktiviti pasca PMR menganjurkan satu aktiviti yang mampu menarik pelajar untuk hadir ke sekolah. Aktiviti yang dimaksudkan ialah 'Mari Belajar Sembelih Ayam'.

"Ayam dok bangun agi", itulah pertuturan kata yang dikeluarkan oleh Ustazah semasa jam baru berdetik pukul 8 pagi. Penulis rasa nak gelak. Sementara menanti sekumpulan ayam tiba, penulis lepak kat bilik rasmi penulis dan rakan-rakan, Bilik Bimbingan dan Kaunseling dan selepas itu pergi beli gambar-gambar pengawas dan bomba.

Pengumuman berkumandang menyatakan semua pelajar pasca PMR diminta ke belakang bengkel KHB. Yes! Terdetik hati yang mengumbirakan sebab kepuasan sebelum ini. Sampai di belakang bilik KHB, ayam tak sampai lagi. Cikgu suruh angkat gas, dapur masak, periuk dan baldi. Penulis serta rakan yang digelar 'LELAKI' mengekori cikgu dan 2 pelajar ayu. Setelah angkat, duduk berehatdi koridor sekejap.

Cikgu memberi arahan kepada pelajar macho menyembelih ayam di bahagian hujung tempat letak basikal berdekatan dengan kawasan lapang bersebelahan makamal komputer. 10 pelajar merelakan diri mereka memegang ayam yang mempunyai jumlah 10 ekor ayam dan dipotong oleh penjaga makmal biologi. Dengan lafaz 'Bismillah' penjaga makmal biologi itu menyembelih ayam itu. Mereka yang merelakan diri mereka itu meletakkan ayam itu dikawasan lapang berdekatan tempat penyembelihan. Selepas memastikan semua ayam sudah mati dan tidak bergerak, penulis dan rakan-rakan mengangkat ayam dan membasuhnya dibelakang blok F. Membasuh dan membuang segala najis serta usus-usus ayam itu.

Selepas ayam disucikan, dicelor pula untuk membuang bulunya. Beberapa pelajar membuang bulu ayam. Selepas itu, dibasuh sehingga menampak kulit. Dalam masa yang sama, cikgu juga menempah dua baldi ayam yang telah disembelih dan dipotong. Beberapa pelajar ayu membasuh ayam-ayam yang dipotong itu. Seterusnya, ayam itu akan dicelup tepung dan separuh ayam itu disaluti rempah 'kentaki'. Seorang cikgu teknologi komputer, penulis dan rakan penulis membantu memasak ayam yang lazat. Sementara itu, Penyelia aktiviti pasca PMR memberikan kupon kepada setiap pelajar pasca PMR.

Tiba masa untuk mendermakan ayam kepada setiap pelajar. Pelajar macho yang bertakhta di balai

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang!


Dapatkan Buku Percuma Di Sini!



Salam Blogger!

Faham tak apa promosi di atas ini? Tak faham baca selanjutnya.

PTS telah menganjurkan satu aktiviti sempena cuti sekolah. Anda tahu apa itu PTS? PTS adalah sebuah syarikat yang menerbitkan buku kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama, popular, pembangunan diri, motivasi dan komik. Peraduan ini bermula pada 21 November 2009 hingga 3 Januari 2010

Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang!

Cara Penyertaan

  1. Peserta perlu membeli buku PTS sebanyak RM25 dan ke atas dalam satu resit dan berpeluang menyertai pertandingan ini.

  2. Peserta perlu mengisi borang peraduan yang boleh didapati di kedai-kedai buku yang terlibat dalam peraduan ini, muat turun daripada laman web PTS dan borang yang disiarkan di majalah

  3. Peserta perlu menjawab 3 soalan dengan tepat, menulis slogan yang kreatif dan mengisi dengan lengkap maklumat peribadi pada borang penyertaan.

  4. Borang yang siap diisi berserta resit asal atau bukti pembelian asal perlu dimasukkan dalam kotak peraduan yang disediakan di kedai buku terlibat.

  5. Borang terkumpul setiap minggu di kedai buku akan dihantar terus kepada PTS bagi memilih pemenang mingguan.

  6. 3 pemenang akan dipilih setiap minggu selama 6 minggu berturut-turut.

  7. 1 sekolah dengan penyertaan pelajar paling ramai akan dipilih setiap minggu selama 6 minggu berturut-turut bagi menerima hadiah mingguan untuk sekolah.

  8. 3 pemenang hadiah utama akan dipilih di kalangan pemenang-pemenang hadiah mingguan apabila tarikh peraduan tamat. Pemilihan pemenang berdasarkan slogan paling kreatif.
Jika anda berminat mahu menyertai peraduan ini dan ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai peraduan ini, boleh layari laman web http://pts.com.my/peraduan

Under Construction Phase 2


Blog ini akan diubah suai dalam masa yang terdekat.

Program Pasca PMR: Lawatan Ke Ekspo Pendidikan Peringkat Terengganu

Salam,Blogger!

Hari ini, pelajar Pasca PMR telah mengadakan lawatan ke Ekspo Pendidikan Peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Terengganu Trade Center (TTC) dan dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YB Dato' Ahamad Said kelamrin.

Disertai oleh 35 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan serta 3 guru bimbingan. Sebuah bas yang dikenali 'Bas Sahabat' telah memungut 69 pelajar dan seorang guru untuk ke TTC pada jam 9.30 pagi. Setibanya kami disana, Sir Mark Wee memberi taklimat dahulu. Selepas itu, baru kami bebas sama ada mahu ke Blok A atau Blok B, tetapi dilarang sesama sekali pergi ke Giant, Mydin dan Perpustakaan Awam Terengganu.

Penulis berjalan dengan beberapa rakan penulis. Kami mengunjungi booth-booth yang disediakan. Baru penulis tahu ada apa mengenai ekspo ini. Rupa-rupanya, sekolah-sekolah teknik, vokasional, kemahiran dan kelab yang telah menjuarai dalam peringkat negeri Terengganu menjalakan pameran ini. Ramai pelajar dari sekolah serata negeri Terengganu mengunjungi ekspo itu bagi memeriahkan. Terdapat booth seperti dandanan rambut, robotik, pencegahan dadah dan rokok, ekonomi rumah tangga, unit bimbingan dan kaunseling, pendidikan khas dan sebagainya.

Booth yang paling kugemari ialah booth Unit Bimbingan Dan Kaunseling yang diterajui oleh Pembimbing Rakan Sebaya SMK Padang Midin dan sumber bahan-bahan booth oleh SMK Bukit Sawa. Setelah puas tawaf satu ekspo, penulis ke blok sebelah, Blok A. Semasa hendak masuk, Koir SMK DRI baru sahaja habis. Sedih, nak dengar dia orang berkoir tak sempat. Tapi,selepas koir, ada nasyid. Nasyid? Pasukan nasyid SMA Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah menaiki takhta Johan Pertandingan Nasyid Feastival Anti Dadah Negeri Terengganu. Semasa itu, dalam fikiran penulis memikirkan, 'ini mesti yang telah juara dalam bidang persembahan ni. Koir sekolah pun dapat ke peringkat negeri. Sudah sah!'

Puas berada di dewan persembahan, pergi tawaf sekali lagi pameran. Memang boring la....

Selepas tawaf, pergi beli makanan. Makanan biasa sahaja, daging burgur. Dan selepas itu, kembali pula ke dewan persembahan sementara menanti 30 minit lagi untuk pulang. Punyalah lagi puas, persembahan dikir barat berlangsung. Tak faham langsung apa yang di perkatakan kerana menggunakan pelat Terengganu Utara campur Kelantan. Persembahan terakhir memang best la jugak. Nyanyian Band daripada Sekolah KEBAGSAAN Tengku Ampuan Intan. Mula-mula muzik memainkan lagi 'You're not Alone' nyanyian MJ.

Akhirnya boleh juga pulang. Sampai sekolah, terus ke bilik yang berhawa dingin dan untuk pelajar, Bilik Bimbingan & Kaunseling. Ada yang letih sampai tertidur. Memang memenatkan.

Sociable

Facebook Minisite